Wednesday, April 22, 2009

X-Nine Belia Extreme Negeri Sembilan...


Assalamualaikum kat semue rakan2 dari serate pelusuk Negeri Sembilan. Tujuan aku mengupdatekan blog aku yang dah lame tak diupdate oleh aku sendiri untuk menyebarkan berite bahawe, ada cadangan oleh beberape individu untuk menubuhkan satu Kelab Belia yang memfokus kepade sukan extreme, tak kire la Skateboard, BMX, Rollerblade, Wall Climbing dan sebagainye bersatu dibawah satu naungan. Korang pon tau yang area Seremban ni memang tidak disediakan kawasan atau tempat untuk melakukan aktiviti beriadah bagi golongan extreme, ade pon kat KBS Melang kat Kuala Pilah dan KBS Jempol kat bahau yang nun jauh disana. Jike tertubuhnye Kelab extreme kat seremban, kite boleh memohon dari Kerajaan Negeri untuk membine atau menyediakan tempat khas untuk warge2 extreme untuk beriadah di seremban.
Dengan ini, korang dijemput hadir pada tarikh 9hb Mei 2009 hari Sabtu bertempat di Parking Lot Kereta Stadium Akuatik Paroi Jaya, Seremban pada pukul 5.45 petang akan diadakan satu perjumpaan sesame warge extreme yang bermastautin di seremban atau di negeri sembilan untuk bersidang bersama-sama untuk penubuhan Kelab Xtreme Negeri Sembilan. So, dijemput hadir warge Seremban, Negeri Sembilan sahaja. Pada hari itu akan juga diadakan pemilihan jawatan kuasa Kelab. So, individu yang terpilih haruslah menjalankan tanggungjawab atau tugasnye..
So, segale update tentang pergerakkan Extreme Negeri Sembilan akan aku update kan di blog ini...
Jika ada salah dah silap perlakuan atau pernyataan, harap maafkan..

sekian....
Wak Pisang...


2 comments:

y a n said...

alah. ni wa pun leh wat.
ingat wa x reti ke
hiyaahh!

signia said...

buat ape cik yan? buat la...